Friday, February 10, 2012

~ Ya Allah, hambaMu bersujud kepada Mu ~

Ya Allah, andai ini yg Kau takdirkan utk ku, aku terima. Sesungguhnya, Kau Maha Mengetahui segalanya..

Ya Allah, sekiranya mereka yg aku selalu ada disisi disaat mereka kesusahan tiada bersam ku disaat aku kesusahan dikala ini, aku Redha ya Allah.. kerana aku tau, Kau ada sentiasa bersama ku.. Sesungguhnya, aku ikhlas bersama mereka dikala itu.. ikhlas kerana Mu, Ya Allah...

Ya Allah, terima kasih atas dugaan yg diberikan kepada ku, kerana datangnya dugaan ini, baru aku sedar yg siapa yg menemani ku disaat aku sunyi, siapa yg menyambut tangan ku disaat aku tersungkur, siapa yg hulurkan bantuan saat aku memerlukan....

Ya Allah, aku x pernah berdendam kepada sesiapa yg menganiaya aku, menghina aku, dan mencaci aku.. Siapa lah aku utk menghukum mereka.. Aku hanya hamba Mu, yg lemah.. hanya Kau yg dapat membalas yg baik dan buruk ke atas setiap hamba Mu ini...

Ya Allah, andai sudah tiba masa Kau mengambil nyawa yg telah kau pinjamkan selama ni, ambillah dikala aku  didalam agama Islam ku, dikala aku sujud mengadap kiblat ku, dan di kala itu, Kau sudah menerima taubat ku..

Ya Allah, permudahkanlah Izrail mengambil nyawa ku, mudahkan lah umat Nabi Muhammad SAW uruskan jenazah ku,  dan mudahkanlah aku menjawab soalan-soalan dari Malikat Mu, Munkar dan Nakir.

Ya Allah, jika pemergian ku ini satu kesedihan buat orang2 yg aku cintai, hapuskanlah kesedihan di dalam hati mereka dengan segera supaya tiada kesedihan yg singgah didalam hati mereka yg aku cintai. Tetapi. andai kata pemergian ku ini satu kebahagian buat mereka, kekalkan rasa bahagia itu di hati mereka..

Ya Allah, saat Kau ingin mengambil nyawa ku, lindungilah insan2 yg aku sayangi terutama sekali Mama n Abah, Abang n Kakak, adik2ku, Nani, Najlaa, Najwa, Amar.... Sahabat2ku.. saudara mara ku, guru2 ku, dan yang pasti insan yg pernah bertakhta di dalam hati ini... Maafklan diri ini andai kata tersasaul bahasa, n mengguris perasaan.. Hanya Allah yg tahu berapa banyak kasih sayang dan cinta didalam hati ini untuk mereka semua..

Ya Allah, Kau ampunilah dosa ku, dosa kedua ibu bapa ku, guru2 ku, sahabat2 ku dan kekasih hati ku Ya Allah.. Lindungilah diri kami dari segala terus melakukan dosa Ya Allah.. Tempatkan lah kami dikalangan org yang beriman.. Sesungghnya Ya Allah, pimpinkanlah kami ke jalan Mu Ya Allah.. ke jalan yg diRedhai oleh Mu.. Rabbana aatina fiddunya hasanah..wafil aa khirathi hasanh. Wakina a`zabannar.. Washollollah hu a`la sayidina Muhammad. waa`laa alihi wasohbihi wasaalam.. walhamdulillah hirobbila`lamin....



No comments:

Post a Comment